close button

close button

Acong Sweet Child Nikah Dengan Peminat, Bakal Berbulan Madu Di Beijing (4 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Kalau dah jodoh, tidak akan kemana. Mungkin ungkapan itu sesuai untuk pasangan pelakon dan pelawak, Acong Sweet Child dan isterinya, Mary Zuraida yang baru-baru ini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan selepas hampir 14 tahun terpisah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di rumah pengantin perempuan pada Sabtu lalu, kira-kira jam 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim, Sunga Petani, Kedah dengan sekali lafaz.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada majlis tersebut, Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, menghantar tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000. Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.


Majlis pernikahan di kampung halaman Marya atau nama sebenarnya, Siti Zuraida Zahari, 31, yang juga seorang pelakon tambahan dan krew produksi itu mendapat tajaan Azie De’ Touch dan dihadiri lebih 400 tetamu.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara. Manakala, majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan media pula akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, pasangan ini juga khabarnya akan berbulan madu di Beijing, China pada 1 - 6 Februari 2013. Tahniah. - mStar Online

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.