close button

close button

Twitter Najwa Latif Digodam


Akaun laman sosial Twitter milik penyanyi remaja popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 17, dilaporkan telah digodam sejak kelmarin (6 Nov). Difahamkan, penyanyi yang kini sedang sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu tidak tahu hal berkenaan dan kakaknya, Syafika, 23, terlebih dahulu mengesan insiden itu selepas ada rakan memaklumkannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menerusi laman Twitter berkenaan, Syafika cuba untuk berkomunikasi dan meminta pegodam berkenaan memulangkan semula kata laluan dan menghentikan aktivitinya, namun ditolak.


Menurutnya, pegodam itu sangat meminati Najwa dan ingin berkenalan secara rapat. Syafika berkata, memang setakat ini dia belum membuat apa-apa yang membahayakan dan tujuannya hanya untuk berkenalan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Daripada gaya dia berbalas mesej, saya dapat merasakan dia seorang lelaki," katanya.

Menurutnya, Najwa juga sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan sebaik pulang dari sekolah semalam dan sudah memaafkan pegodam berkenaan. - Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.