close button

close button

Tertelan Sudu Sepanjang 15cm Selama 10 Hari (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Seorang warga emas berbangsa Cina bernasib baik apabila sudu sepanjang 15 sentimeter yang ditelan akhir bulan lalu tidak mengapa-apakan nyawanya. Mangsa, Teoh Ah Lek, 57, selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Taiping pada 7 November lalu untuk mengeluarkan sudu tersebut dan kini semakin stabil selain mampu menjali kehidupan seperti biasa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengimbas insiden pelik menimpanya, Ah Lek berkata, dia tidak menyangka niatnya menggaru kerongkongnya yang gatal menggunakan sudu terbabit ketika pada hari kejadian bertukar detik cemas.

“Niat saya hanya nak menggaru kerongkong saja, tak sangka pula sudu itu boleh terlepas dan tertelan,” katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com

Katanya, kejadian 29 Oktober itu mengundang pengalaman perit apabila menderita kesakitan sepanjang 10 hari sudu 'menghuni' perutnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ketika itu sedang makan berasa gatal di bahagian kerongkong sebelum mengambil keputusan untuk menggaru menggunakan sudu. Saya tak sangka, sudu sepanjang enam inci itu terlepas dan masuk ke bahagian perut.

“Sepanjang tempoh 10 hari itu, saya sering mengalami sakit di bahagian perut, mujurlah sudu sudah keluar, jika tidak saya tak tahu macam mana nak buat,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ah Lek, dia terpaksa meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Yew Tian Hoe setelah rawatan awal yang dibuat tidak berjaya mengeluarkan sudu berkenaan.

“Sebelum ini, saya dimaklumkan sudu berkenaan akan keluar apabila saya membuang air besar, tetapi selepas beberapa hari, ia masih tidak berjaya, tak tahan dengan keadaan perut sakit, saya minta bantuan wakil rakyat untuk dimasukkan semula ke hospital,” katanya. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.