close button

close button

Syamsul Yusof Akui Mula Mendalami Ilmu Islam


Rasanya masih sempat lagi kami ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1434 yang jatuh pada 15 November, semalam. Bersempena dengan Maal Hijrah 1434 ini, pastinya ramai sudah menanam azam untuk 'berhijrah' menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Begitu juga kisah seorang pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof ini yang mengakui kini sedang mendalami agama Islam agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menerusi laman mStar Online, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekati ilmuwan Islam selain belajar mendalami agama tersebut menerusi buku-buku ilmiah.

"Sekarang ini saya mahu mendalami Islam kerana saya merasakan diri ini benar-benar cetek dalam pengetahuan agama. Bukan itu sahaja, saya turut berkongsi kepada peminat apa yang telah dipelajari di Facebook dan Twitter.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, tak kiralah daripada segi peribadi dan kerja, saya ingin menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat, Insya-Allah," katanya.

Menurut Syamsul, dia juga berhasrat untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk keagamaan untuk golongan remaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Baguslah kalau begitu niat pengarah muda ini untuk mendalami agama sendiri dan tidak lupa untuk mengingatkan orang sekelilingnya.


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.