close button

close button

Shaheizy Sam & Yana Samsudin Tarik Diri Dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 27

http://speakerpecah.blogspot.com

Beberapa hari yang lalu kami telahpun mengeluarkan Senarai 30 Buah Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Dalam senarai tersebut ada juga terselit nama Yana Samsudin dan Shaheizy Sam yang berjaya mara dengan membawa lagu 'Begini Caranya'.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, entah mana silapnya, Sam membuat kenyataan bahawa dia dan Yana membuat keputusan untuk menarik diri dalam pertandingan tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menerusi kenyataannya di akhbar Kosmo, Sam menafikan keputusan menarik diri itu adalah tidak mendapat pelepasan MIG. Katanya:
"Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Saya berasa tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman,"

Yana pula berkata, dia tidak dapat memberikan komen lanjut kerana tiada kepastian mengenai status sebenar perkara itu. Katanya:
"Apa yang saya tahu, Sam sendiri tidak mahu. Saya sebagai rakan duet pun mengikut keputusan dia kerana tidak seronok pula jika saya menyanyi dengan orang lain. Tiada mana-mana pihak pun yang bertanya kepada kami. Mungkin mereka (TV3) terus berurusan dengan pihak MIG untuk memastikan hal ini,"
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mungkin kenyataan ini memberi sedikit kekecewaan kepada peminat mereka yang sudah berhempas-pulas mengundi semenjak lagu ini dimasukkan ke dalam carta Muzik Muzik sehingga ke peringkat separuh akhir. Apapun, setiap manusia ada rezeki masing-masing. - mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.