close button

close button

Rosyam Noor Jawab Isu Perlekeh Agama Di Anugerah Skrin 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

Beberapa hari lalu kami telah kongsikan satu artikel mengenai Rosyam Noor Perlekeh Agama Islam Di Anugerah Skrin 2012 ? (Video) apabila dia mengeluarkan kata-kata seperti mempersendakan hukum-hakam agama. Susulan kontroversi itu, Metro Ahad kelmarin telah berjaya mendapatkan respon daripada pelakon itu sendiri.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam artikel itu, Rosyaam Noor menegaskan yang dia tiada niat untuk mempersendakan sesiapa sebaliknya hanya menyampaikan maksud mengenai peraturan stesyen TV tempatan.

Difahamkan, kata-kata yang dilontarkan oleh Rosyam Noor pada malam kemuncak tersebut adalah daripada dialognya sendiri (spontan).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia. Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam.

"Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diharapkan dengan penjelasan ini, tidak lagi timbul kontroversi mengenai isu tersebut. Mari kita imbas kembali kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon itu ketika menyampaikan anugerah di ASK 2012.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.