close button

close button

RM80,000 Untuk 3 Trofi Milik Faizal Tahir (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Malam tadi bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam berlangsungnya program amal 'Untukmu Palestin' yang disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 11.00 malam. Pada program itu, beberapa artis ternama telah dijemput untuk membuat persembahan. Antara artis yang terlibat termasuklah, Raihan, Tomok Misha Omar, Noh Hujan dan beberapa artis yang lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada malam itu juga turut menyaksikan penyanyi rock popular, Faizal Tahir mengumumkan bahawa setakat ini trofi kemenangan yang mahu dilelong sudah mencecah angka RM80,000.

Trofi yang berjaya dibida dengan harga tertinggi ialah trofi kemenangannya di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 bagi Album Terbaik 2008 menerusi album ‘Aku Muzik Kamu’,  trofi Anugerah Juara Lagu 2003 menerusi Kategori Persembahan Terbaik, dan trofi Anugerah Planet Muzik 2008 menerusi Kategori Artis Lelaki Paling Popular.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Telekom Malaysia (TM) menjadi pembida tertinggi dengan RM50,000 sementara Maybank dengan harga RM20,000, manakala Celcom Axiata pula menyumbang sebanyak RM10,000 demi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sementara itu,  RM80,000 yang diperolehi daripada bidaan tiga trofi tersebut akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang juga merupakan satu kerjasama dengan Mercy Malaysia. - Media Hiburan
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Untukmu Palestin (FULL)

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.