close button

close button

Pierre Andre Akui Sedang Dalami Islam, Sertai Tabligh (Video)


http://speakerpecah.blogspot.com

Jumaat lalu telah berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012). Pada anugerah itu banyak kontroversi telah timbul dan antaranya petikan mempersenda TV Al-Hijrah dan hukum-hakam Allah dikeluarkan oleh Rosyam Noor selain lawak Zizan kepada Fouziah Gous.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, ada juga part yang mengejutkan ramai penonton di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mahupun di luar kaca TV apabila pengarah muda, Pierre Andre berkata-kata di atas pentas selepas dipilih untuk menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad. Dalam ucapannya itu, Pierre Andre telahpun mengeluarkan kata-kata di pengakhiran ucapannya iaitu, "Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad."

Ucapannya itu terus membuat semua penonton tergamam selain diberikan tepukan gemuruh.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menerusi akhbar Kosmo! 19 November 2012, Pierre Andre mengatakan ucapannya itu adalah salah satu cara dakwahnya kepada orang ramai.

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut anak kepada pelakon Khatijah Tan itu, dia kini sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenali agama Islam tetapi hijrahnya tidakan akan berlaku secara drastik kerana takut difitnah. Selain itu, Pierre Andre turut menyatakan bahawa dia kini sudah lima buan bergerak aktif dnegan mengikuti kumpulan tabligh selepas diajak oleh sahabatnya.

Dalam pada itu, pengarah yang popular dengan filem Jangan Pandang Belakang itu turut menyatakan bahawa dia berminat mahu menjadi pendakwah di Malaysia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kami harap apa yang ingin diperjuangkan oleh Pierre Andre akan terlaksana selain menjadi seorang yang berjaya di masa akan datang dengan filem atau drama yang berunsurkan keagamaan selepas ini. Berikut merupakan ucapan Pierre Andre pada malam Anugerah Skrin 2012 (ASK2012).

 

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.