close button

close button

Pengawal Keselamatan Dibuli Ala Budak Sekolah


http://speakerpecah.blogspot.com

Malang bagi seorang pengawal keselamatan apabila dirinya bukan sahaja dibuli oleh dua pegawai atasan malahan rakama ketika dirinya dibuli itu telah disebarkan salah seorang daripada pegawai terbabit. Kejadian itu berlaku selepas Jalil, 29, dihadapkan ke pegawai atasan selepas dia didapati terlena ketika bertugas. Apa yang mengecewakan dirinya ialah, disebabkan kesalahan itu dia diarahkan beriri di atas kerusi sebelum diminta menyanyikan lagu Negaraku dan Anak Kampung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perbuatan buli ala budak sekolah itu berlaku di sebuah hospital awam di Johor Bahru pada 23 Oktober lalu dan aksi buli itu dirakam menerusi telefon bimbit seorang daripada pegawai terbabit. Rakaman berdurasi 16 minit itu disebarkan menerusi Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) kepada pengawal keselamatan syarikat yang sama kononnya sebagai pengajaran supaya mereka lebih berdisiplin.

Menurut Jalil, perbuatan buli itu amat mengaibkannya dan dia sedia menerima teguran jika melakukan kesalahan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Apa yang mereka lakukan mengaibkan saya. Saya boleh terima teguran, tetapi mengapa mereka bertindak melampau dan merakam perbuatan itu sebelum berkongsi video berkenaan dengan orang lain. Saya malu. Maruah saya tercalar kerana apa yang dilakukan seolah-olah saya pelajar sekolah,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu bermula apabila seorang daripada rakan sekerjanya melihat dia merenyuk surat tunjuk sebab yang diberikan ketua mereka, pada pagi hari kejadian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kira-kira jam 4.30 petang saya diarahkan masuk ke pejabat dan berjumpa dua pegawai itu. Saya ingatkan hanya diberi amaran dan tidak menjangka dibuli mereka yang turut memaki saya. Malah, mereka turut merakam aksi menerusi telefon bimbit sebelum menyebarkannya,” katanya.

Menurutnya, pada awal pertemuan itu, kedua-dua lelaki itu memaki dan mengherdik sebelum mengajaknya bergaduh kerana tak berpuas hati tindakan dia merenyuk surat yang menyatakan dia mengingkari arahan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya hanya mendiamkan diri kerana takut dan pada masa sama, mereka menyatakan saya dihukum kerana terlena ketika bertugas. Sebelum ini, saya pernah bertugas lebih empat tahun di sebuah jabatan kerajaan di Pahang, sebelum dipindahkan ke sini, tidak pernah mempunyai masalah disiplin atau dihukum sedemikian di tempat kerja lama,” katanya.

Berikutan itu, Jalil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, perbuatan buli itu bukan pertama kali dilakukan oleh pegawai atasan terbabit. Sebelum ini ada diantara pegawam keselamatan yang bertugas di sana dihukum tekan tubi 20 kali disebabkan tertidu ketika bekerja atau berpakaian tidak kemas. - Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.