close button

close button

Lauk Kenduri Basi: Pemilik Syarikat Bayar Ganti Rugi

http://speakerpecah.blogspot.com

Akibat malu dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan, pemilik sebuah syarikat perancangan perkahwinan di George Town di sini meminta maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada sebuah majlis perkahwinan sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini. Majlis yang berlangsung pada Ahad lalu itu dikejutkan dengan penyediaan lauk-pauk yang basi manakala nasi yang ditanak pula mentah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemilik syarikat yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 25, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana ia adalah kejadian yang pertama kali berlaku semenjak 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negero ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada jam 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi. Katanya, semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami minta maaf sebab benda sudah nak terjadi dan sekiranya mereka mahu tuntut ganti rugi kami akan bayar semula semua lauk yang basi," jelasnya.

Semalam kami ada berkongsi berita mengenai kemeriahan majlis perkahwinan pasangan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu yang hadir basi.

Akibat kejadian itu, lebih 1,000 tetamu jemputan terpaksa pulang dengan perut kosong. - Kosmo!


* * * * *

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.