close button

close button

KPDNKK Rampas Jersi Tiruan Harimau Malaya, Garuda Bernilai RM73,080

http://speakerpecah.blgospot.com

Sekumpulan sindiket jersi tiruan pasukan Harimau Malaya (Malaysia) dan Garuda (Indonesia) berjaya ditumpaskan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur di sebuah premis, di Gombak dekat sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, sebanyak 3,480 helai jersi tiruan itu dianggarkan bernilai RM73,080, akan dijual semasa perlawanan antara pasikan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Difahamkan, jersi itu juga akan dijual pada harga serendah RM35 sehelai berbanding jersi tulen yang berharga RM140 sehelai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
htttp://speakerpecah.blogspot.com

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin berkata jersi itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dijual dalam pasaran tempatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami akan mencari pemilik perniagaan ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi sehelai jersi atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan individu.

"Syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM15,000 untuk setiap helai jersi", katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terdahulu, jersi home Harimau Malaya edisi 2012/2013 telahpun dilancarkan pada 12 November lalu oleh Nike Malaysia di Wisma FAM. Jersi tersebut dikatakan hanya dikeluarkan sebanyak 8,000 helai sahaja dengan harga serendah RM229 (sebelum penurunan harga).

* * * * *

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.