close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Thailand vs Malaysia 7 November 2012 (Video)


Malam tadi berlangsungnya perlawanan melibatkan Malaysia menentang Thailand dalam satu Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Stadium Muang Thong, Bangkok. Skuad negara yang mahu menebus kekecewaan ketika menentang Vietnam tempohari nampaknya tidak kesampaian apabila kalah 0-2 kepada tuan rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seawal minit pertama lagi, tuan rumah sudah mula melakukan serangan berbahaya namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol negara, Farizal Marlias. Serangan bertali arus sering dilancarkan kedua-dua pasukan, namun tuah memihak kepada Thailand apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-26 menerusi Prayat. Keputusan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, tuan rumah dilihat mendominasi perlawanan tanpa memberi ruang kepada Malaysia untuk menghantar serangan balas walaupun dibarisi dengan pemain handalan, Safee Sali dan Zaquan Adha. Pada minit ke-80, Thailand sekali lagi meninggalkan Malaysia dengan gol kedua menerusi sepakan Arthit Sunthornphit dari luar kotak penalti. Tersentak dengan gol kedua Thailand, skaud negara cuba untuk bangkit mengejar sekurang-kurangnya 1 gol namun tidak kesampaian apabila wisel penamat dibunyikan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas ini skuad negara bakal berentap dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012 dengan menentang Singapura pada perlawanan pertama pada 25 November 2012 di Stadium Nasioanl Bukit Jalil, jam 8.45 malam.

Berikut merupakan video highlight Thailand vs Malaysia 7 November 2012

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.