close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Malaysia vs Singapura 25 November 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Malam semalam telah berlangsungnya saingan bagi Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2012 yang melibatkan skuad Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Hasrat Malaysia untuk menebus kekecewaan perlawanan persahabatan lalu tidak membuahkan sebarang hasil apabila dijinakkan pasukan jiran dengan keputusan 0-3.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seawal 5 minit pertama lagi, Singapura telah membuat serangan berbahaya di depan gawang Malaysia, bagaimanapun ditangkap kemas Khairul Fahmi Che Mat. Tidak kurang hebatnya Malaysia juga menerusi Norshahrul Idlan Talaha yang hampir menghasilkan gol buat negara hasil kelicikannya melepasi pertahanan lawan di dalam kotak penalti. 
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Singapura terpaksa menunggu sehingga minit ke-32 untuk menghasilkan gol pertama menerusi sepakan cantik Shahril Izwan Shah sebelum gol kedua menyusul 5 minit kemudian. Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, Singapura terus menambah derita skaud negara apabila berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi Aleksandar Duric pada minit ke-74. Di minit-minit terakhir perlawanan, Malaysia cuba bangkit untuk mencari gol pertama menerusi Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi, namun sepakannya terkena tiang gol. Keputusan 0-3 kekal sehingga tamat perlawanan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut merupakan video highlight Malaysia vs Singapura 25 November 2012.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.