close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Malaysia vs Laos 28 November 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Malam semalam telah berlangsungnya perlawanan bola sepak bagi saingan Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2012 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya mengatasi Loas dengan keputusan akhir 4-1 sekaligus menebus kekecewaan yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seawal minit pertama, Malaysia sering menghantar serangan berbahaya menerusi penyerang sensasi, Safee Sali yang sering mendapat peluang keemasan di depan pintu gol bagaimanapun tersasar. Namun, dengan kepakaran membuat sepakan percuma di luar petak penalti, Safiq Rahim berjaya menyumbat gol pertama padukan negara pada minit ke-15. Bagaimanapun, akibat kecuaian pemain memberi peluang kepada pelawat untuk menyamakan kedudukan selepas bola hantaran Khonesavanh Sihavong terkena kaki pertahanan negara, Aidil Zafuan pada minit ke-39. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, aksi perlawanan semakin rancak terutama Malaysia yang terus mencipta jaringan kedua menerusi penyerang sensasi negara, Safee Sali pada minti ke-66. Wan Zack Haikal turut tidak ketinggalan untuk menjaringkan gol peribadi - gol ketiga skuad negara hasil tandukannya pada minit ke-75 sebelum Khyril Muhymeen menjaringkan gol kemenangan 4 minit kemudian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Keputusan 4-1 kekal sehingga wisel penamat. Malaysia kini ditangga ketiga di bawah Singapura dalam Kumpulan B dengan mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan ini. Selepas ini Malaysia bakal bertemu dengan Indonesia bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya pada 1 Disember 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berikut merupakan higlight video Malaysia vs Laos 28 November 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.