close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Malam semalam telah berlangsungnya perlawanan melibatkan Harimau Malaya (Malaysia) menentang Hong Kong dalam satu Perlawanan Persahabatan Antarabangsa yang diadakan di Stadium Shah Alam. Kedua-dua pasukan hanya mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang begitu rancak itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seawal minit pertama, skuad kendalian K. Rajagobal banyak melakukan serangan berbahaya dan mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun gagal. Tidak kurang hebatnya pemain lawan yang sering juga menguji pertahanan negara, namun dapat diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Harimau Malaya terpaksa menunggu sehingga minit ke-58 apabila penyerang sensasi negara, Safee Sali berjaya menanduk masuk bola hantaran daripada Amar Rohidan untuk mendahului perlawanan. Bagaimanapun, hasrat skuad negara ingin mengekalkan keputusan 1-0 sehingga tamat perlawanan tidak tercapai apabila kesilapan berlaku di minit-minit terakhir perlawanan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Akibat berlaku sedikit salah faham antara Aidil dan Khairul Fahmi untuk memberi bola, akhirnya membuka ruang kepada Hong Kong untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi Lam Hok Kei pada minit ke-88. Harimau Malaya cuba bangkit selepas itu menerusi sepakan Mahali Jasuli di depan pintu gol, namun gagal disudahkan. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Berikut merupakan video highlight Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012.

 

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.