close button

close button

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

http://speakerpecah.blogspot.com

Sudahlah lauk-pauk basi, malahan nasinya pula mentah! Itulah yang berlaku di sebuah majlis persandingan pasangan pengantin Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP), Teluk Bahang di sini kelmarin apabila menyajikan hidangan yang kurang memuaskan kepada jemputan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan pasangan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong selain hampa dengan sajian yang disediakan.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancangan perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, pasangan itu hanya menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. - Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.