close button

close button

Kahwin Usia Muda Elak Maksiat

http://speakerpecah.blogspot.com

Sebelum ini kecoh di laman sosial berkenaan dengan tindakan sepasang anak muda dari Pekan, Pahang iaitu Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang berkahwin pada usia muda sekitar Julai lalu. Video yang dimuat naik di laman YouTube yang memaparkan pasangan ini bersanding turut menjadi perhatian dan kini ia mendapat jumlah tontonan mencecah 1.2 juta orang. Bagi mereka, perkahwinan tersebut adalah untuk mengelakkan daripada terjebak dalam kancah maksiat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, situasi yang sama juga berlaku apabila baru-baru ini sepasangan anak muda dari Kulim, Kedah turut merealisasikan hasrat mereka untuk berkahwin pada usia muda tercapai. Mereka yang dimaksudkan adalah Mohd Fahmi Alias, 19, dan isterinya Nor Fazira Saad, 13, yang bernikah pada 17 November lalu di Masjid Kampung Padang Cina, di sini.

http://speakerpecah.blogspot.com

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri. Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri. Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda. Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

“Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” katanya lagi.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500. - Harian Metro

* * * * *

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.