close button

close button

Fakri Saarani Terima Lamaran Atletico Sporting Club Selama 6 Bulan

http://speakerpecah.blogspot.com

Walaupun baru-baru ini FIFA telah mengeluarkan ranking terbaru dunia dengan keputusan Malaysia menghuni di tangga ke-163, ianya tidak memberi sebarang impak kepada pemerhati bola sepak luar negara untuk menyunting pemain kebangsaan untuk turut serta dalam sesi percubaan. Ianya terbukti apabila penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani disahkan bakal beraksi di kelab Divisyen 3 Portugal, Altetico Sporting Club selama 6 bulan selepas berakhirnya Kejohanan Piala AFF Suzuki Disember ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengesahan rasmi itu telah diumumkan oleh pengurus peribadinya, Faisal Zakariah kepada media, semalam (Khamis). Menurutnya, pemain Felda United itu telah menerima pelawaan sejak Ogos lalu, tetapi dia dikatakan agak sibuk dengan aksi Liga Malaysia.

http://speakerpecah.blogspot.com

"Fakri bukan sahaja menerima tawaran dari Divisyen 3, malah juga turut menerima pelawaan dari Divisyen 1. Tetapi selepas mengkaji lebih secara mendalam, kami memilih untuk menerima tawaran ini. Ini kerana, saya yakin peluang untuk dia bermain dalam barisan utama pasukan lebih cerah dan dalam kontrak sendiri menyatakan dia diletakkan sebagai penyerang dalam pasukan itu. Berbanding dengan Divisyen 1, peluangnya agak sukar. Bagi kami, apa yang lebih penting, Fakri boleh beraksi dan bukan hanya berada di bangku simpanan," jelas Faisal kepada media.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Faisal berkata, walaupun kontrak yang ditawarkan oleh kelab berkenaan selama setahun, namun pihaknya bersetuju untuk tempoh enam bulan terlebih dahulu.

"Musim liga di sana sudah beraksi separuh musim dan bulan Mei depan liga akan berakhir. Enam bulan pertama dan tamat musim liga di sana Fakri boleh pulang ke Malaysia sementara menunggu musim baru bermula. Dan apabila bermulanya musim baru nanti, Fakri akan kembali ke sana," tambahnya. - mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.