close button

close button

DJ Hot FM Disamun, Wang Hantaran RM5,000 Lesap

http://speakerpecah.blogspot.com

Malang bagi seorang DJ Hot FM Terengganu, Mohd Hermansani Aminudin atau lebih dikenali sebagai Bell apabila dia disamun dalam satu kejadian yang berlaku di Jalan Pusara, awal pagi semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah malam itu, Bell dikatakan telah disamun dua lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dan suspek sempat melarikan sejumlah wang hantara perkahwinan Bell yang bernilai RM5,000.

“Wang yang disamun itu bakal saya jadikan wang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung pada 10 November depan.”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya kini pening memikirkan untuk mencari wang gantian bagi meneruskan majlis perkahwinan ini dengan pasangan saya iaitu Durani Hanum Yusof, 26, kerana masa agak suntuk,”  katanya.

Sebelum kejadian, Bell dikatakan dalam perjalanan pulang dari sebuah bank di bandar raya ini untuk ke sebuah warung di Jalan Kamaruddin, di sini, dengan memandu kereta.

“Sebelum kejadian, saya telah ke sebuah bank untuk mendepositkan wang hantaran perkahwinan ini namun sebaik tiba di bank terbabit, saya mendapati sudah tutup.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Jadi, saya mengambil keputusan untuk singgah di sebuah warung di Jalan Kamaruddin dengan menggunakan jalan pintas itu iaitu di Jalan Pusara, di sini,” jelasnya.

Katanya lagi, semasa tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta dipandunya telah dipotong oleh sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum penunggang itu menjatuhkan motosikal di hadapan keretanya.

“Pada mulanya, saya menyangkakan yang saya telah terlanggar mereka berdua lalu terus memberhentikan kereta dengan niat untuk membantu dan meminta maaf.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Bagaimanapun sejurus keluar dari kereta, saya diserang oleh kedua-dua lelaki itu dengan salah seorang daripada mereka mengacukan sebilah pisau lipat ke arah perut saya manakala seorang lagi menyelongkar di dalam kereta sebelum mengambil sampul surat tertera tulisan ‘wang hantaran perkahwinan’,” katanya.

Jelasnya lagi, sejurus mengambil sampul surat itu, salah seorang suspek telah membuka pintu belakang kereta lalu menolaknya ke dalam sebelum melarikan diri.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Bell, sejak dari awal bulan lalu lagi semasa pulang dari tempat kerja dia mengesyaki seseorang mengekorinya, namun apabila dimaklumkan kepada rakan setugas, rakannya itu dengan nada bergurau memberitahu individu terbabit berkemungkinan peminatnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dua suspek berkenaan menggunakan sarung tangan, helmet dan penutup muka telah mengacukan sebilah pisau lipat sebelum menyamun mangsa. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.