close button

close button

Apex & Leuniey Pilih Konsep Tradisional Melayu-Inggeris Moden



Sebelum ini pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Disember depan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa penjaga gol kebangsaan itu sendiri di dalam sebuah akhbar tempatan. Bagaimanapun, kedua-duanya lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen dan memberitahu akan mengumumkannya dalam sebuah sidang media khas tidak lama lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menerusi laman GUA, Ezuwan Ismail iaitu pereka fesyen yang juga kenalan rapat pasangan ini telah ditanya mengenai rekaan serta konsep perkahwinan Apex dan Leuniey nanti. Menurut Ezuwan, pada majlis akad nikah, Leuniey akan mengenakan baju kurunf moden manakala majlis sebelah perempuan pula pasangan ini akan mengenakan persalinan songket berwarna 'skin colour'.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Tidak dinafikan senang untuk bekerjasama dengan mereka dan ketika menunjukkan rekaan baju saya kepada mereka, kedua-dua mereka terus bersetuju dan okay dengan rekaan saya. Saya banyak berbincang dengan Leuniey mengenai busana mereka dan Apex pula jenis ikut saja dan tak kisah," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, Ezuwan turut berkongsi maklumat tentang konsep serta kos busana perkahwinan pasangan Apex dan Leuniey ini. Katanya, majlis sebelah perempuan akan diadakan di Kelantan dan berkonsepkan Tradisional Melayu Moden. Manakala untuk majlis di Kuala Lumpur, mereka akan mengenakan busana berkonsepkan Inggeris Moden berwarna 'off white'.

Menurutnya, baju akad nikah bernilai dalam RM10,000, resepsi Leuniey dalam RM20,000 dan untuk majlis di Kuala Lumpur pula dalam RM15,000. Kesemua jumlah kos baju perkahwinan mereka dianggarkan bernilai RM45,000.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.