close button

close button

Apex & Leuniey Hiasi Cover Majalah Nona Edisi Disember 2012 (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Seperti yang diketahui umum, pasangan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha bakal mendirikan rumah tangga pada Disember depan.Untuk itu, pasangan ini telah dipilih menjadi muka depan (cover) bagi majalah popular Nona untuk edisi Disember.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam majalah ini juga, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex turut berkongsi cerita berkenaan dengan perkahwinannya yang tidak lama lagi. Menurutnya, setelah bergelar suami kepada Leuniey, dia tidak mungkin dapat memberi sepenuh tumpuan keapda bakal isterinya selepas berumah tangga atas kesibukan bekerja.

http://speakerpecah.blogspot.com

Apex yang juga seorang penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan mengatakan ia disebabkan kesibukannya sebagai pemain kebangsaan dan negeri Kelantan yang menuntut untuk meluangkan banyak masa di padang. Apex menambah, disebabkan faktor tersebut, penting baginya untuk mencari isteri yang benar-benar memahami dan keputusan mengahwini Leuniey adalah tepat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Apabila berkahwin, mungkin saya tidak dapat memberi sepenuh masa saya kepada Leuniey dan keluarga kerana masa saya diluangkan dalam pasukan yang diwakili. Saya mencari wanita yang memahami kerjaya saya kerana ruang waktu saya yang terhad. Di mata saya Leuniey adalah wanita yang cukup sempurna,” katanya.

Sementara itu, Leuniey pula berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang perkara tersebut kerana selama ini mereka juga jarang bertemu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak ada masalah untuk ditinggalkan kerana sekarang pun Fahmi tidak selalu berada di sisi saya. Apa-apa pun hubungan ini bersandarkan kepada kepercayaan terhadap diri masing-masing,” katanya. - mStar Online, Nona

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.