close button

close button

54,697 Calon Bakal Duduki STPM Mulai 19 November Ini


http://speakerpecah.blogspot.com

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam menyatakan seramai 54,697 calon akan menduduki SIjil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 19 November hingga 13 Disember depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kenyataan yang sama, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 49,163 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,186 calon sekolah swasta, 4,224 calon persendirian individu manakala baki 124 lagi sekolah kerajaan negeri.

"Mereka merupakan calon kohort terakhir yang akan menduduki peperiksaan STPM sedia ada.

"Calon kohort pertama peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baharu STPM telah pun menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 mereka pada 5 hingga 8 Nov lepas," kata MPM.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, MPM turut menasihatkan kepada semua calon supaya membawa kad pengenalan dan laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung dan digalakkan untuk menyemak nama pusat peperiskaan yang akan mereka duduki.

Sekiranya berlaku bencana alam sehingga menyebabkan calon mengahdapi kesukaran untuk sampai ke pusat peperiksaan, mereka dinasihati pergi ke pusat peperiksaan berdekatan untuk menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
MPM juga membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666, 03-61369663, 03-61302664 atau 03-61302646 dari 7 pagi hingga 6 petang. - http://www.mpm.edu.my/

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.