close button

close button

17 Pelajar SPM Dakwa Dihukum Tanggal Seluar Oleh Guru

http://speakerpecah.blogspot.com

Hanya kerana memuat naik video di laman portal YouTube, seramai 17 pelajar sekolah di Johor Bahru di sini mendakwa dihukum menaggalkan seluar dan dikenakan tekan tubi 700 kali oleh guru mereka. Kesemua pelajar terbabit yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa turut ditendang pada paha dan muka sambil disaksikan 26 pelajar asrama lelaki sekola itu ketika hukuman dilaksanakan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, hukuman itu diektuai tiga guru termasuk seorang guru penolong kanan yang dipercayai tidak berpuas hati kerana mereka memuat naik video berdurasi tiga minit dua saaat, berkaitan luahan perasaan selepas menamatan kertas Matematik.

Bapa seorang pelajar terbabit mendakwa kejadian berlaku pada 5 November lalu antara jam 5.30 petang dan berlarutan hingga 9 malam dalam dewan makan sekolah itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Perkara itu dimaklumkan anak saya ketika melawatnya pada 17 November lalu. Apa yang mengaibkan, dalam kejadian itu, ada pelajar terbabit memaklumkan guru berkenaan dia tidak memakai seluar dalam.

Namun, pelajar berkenaan tetap diarah menanggalkan seluar sehingga terpaksa menjalani hukuman dalam keadaan bogel, berbanding rakan lain yang masih berseluar dalam," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurunya lagi, dia sendiri melihat rakaman asli video tersebut. Bagaimanapun, video yang dimuat naik ke dalam portal YouTube itu sudah dipadam oleh pelajar selepas diarahkan berbuat demikian oleh guru terbabit.

"Semua pelajar itu termasuk anak saya diugut guru terbabit, akan berdepan tindakan Sijil SPM dan Sijil Berhenti Persekolahan mereka akan disenarai hitam jika perkara itu didedahkan, katanya yang membuat aduan polis mengenai perkara itu," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi, ketika dihubungi, berkata beliau akan menyiasat kejadian terbabit sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, setakat ini beliau belum menerima maklumat mengenai kejadian itu dan hanya mengetahuinya apabila dihubungi wakil media semalam. - Berita Harian, Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.