close button

close button

Temuduga Terbuka Polis Sukarela Di Pulau Pinang 19-20 Oktober

http://speakerpecah.blogspot.com


Orang awam diperlawa untuk menghadiri temuduga terbuka bagi pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) yang akan diadakan serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan IPD Seberang Perai Selatan bermula pada 19 hingga 21 Oktober 2012 ini.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, masih ada 108 jawatan kosong untuk diisi. Katanya lagi, pasukan sukarelawan ini akan membantu menjalankan tugas-tugas polis seperti rondaan di tempat awam, perhimpunan dan kerja-kerja pejabat.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Beliau berkata, keanggotaan polis sukarela adalah sebanyak 1,072 orang dan penambahan lebih ramai anggota akan mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri. Beliau juga akan turut mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan skim lantikan kehormat kepada pengurus pusat beli-belah, pemimpin masyarakat dan guru disiplin sekolah di seluruh Pulau Pinang bagi menyahut seruan kerajaan dalam mencapai 10,000 SSPDRM di seluruh negara.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.