close button

close button

Ranking FIFA Oktober - Malaysia Menjunam Ke Tangga 162

http://speakerpecah.blogspot.com

Awal September lalu, Harimau Malaya berada di kedudukan ke-156 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Bagaimanapun, berbekalkan kekalahan 0-2 ketika menentang Vietnam dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini, skuad negara kendalian Datuk K. Rajagobal itu menerima tempias apabila jatuh menjunam di tangga ke-162 dunia dan di tangga ke-27 di peringkat Asia.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Penurunan ketara itu disifatkan paling buruk pada tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos. Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169). Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Berikut merupakan kedudukan Malaysia


MALAYSIA - RANKING FIFA 2012
  • Januari - 148
  • Februari -150  
  • Mac - 152   
  • April - 156   
  • Mei - 153  
  • Jun - 154  
  • Julai & Ogos - 157  
  • September - 156  
  • Oktober - 162 

sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA (HARIMAU MALAYA)

Vietnam vs Malaysia
(3 Nov 2012)
Malaysia vs Hong Kong
(14 Nov 2012)
Malaysia vs Singapura
(25 Nov 2012)
Malaysia vs Indonesia
(1 Dec 2012)


"Ranking tidak penting." "Saya kenal pemain saya."

- Datuk K. Rajagobal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.