close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2 Oktober 2012



Malam tadi telah berlangsungnya empat perlawanan berasingan bagi saingan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2 Oktober 2012. Beberapa keputusan mengejutkan telah dicatatkan. Antaranya, Negeri Sembilan tumbang 1-3 di laman sendiri ketika menentang ATM. Manakala, Pahang yang berbekalkan 2 gol sebelum ini terpaksa melupakan hasrat untuk ke Separuh Akhir selepas kalah 2-0 ke atas Lions XII FC. Berikut merupakan rangkuman Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2 Oktober 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
KELANTAN 2-2 FELDA UNITED [Agregat: 4-3]
Kelantan nampaknya tidak mahu memecahkan rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Berbekalkan 2 gol sebelum ini, Kelantan akhirnya mara ke Separuh Akhir dengan agregat 4-2. Gol Felda United berjaya dijaringkan pada minit 41' dan 55'. Manakala gol Kelantan berjaya dihasilkan pada minit ke 72' dan 90'

NEGERI SEMBILAN 1-3 ATM FA [Agregat: 3-6]
Hasrat Negeri Sembilan selaku juara bertahan Piala Malaysia nampaknya terkubur di laman sendiri apabila berjaya ditumpaskan ATM 1-3 dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Keputusan 1-3 itu memihak kepada ATM FA dengan agregat 3-6 sekaligus layak ke peringkat Separuh Akhir. Gol Negeri Sembilan berjaya dihasilkan oleh Aliff seawal minit ke-5. Manakala gol ATM pula berjaya dihasilkan oleh Aidil Zafuan (11') dan James (44', 58').

SELANGOR 2-1 JOHOR FC [Agregat 5-2]
Selangor nampaknya hampir mencapai Misi 33 mereka selepas berjaya menumpaskan Johor FC 2-1 dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Keputusan tersebut sekaligus memihak kepada Gergasi Merah dengan agregat 5-2 dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir. Gol Selangor berjaya dihasilkan pada minit 30' (Venood) dan 84'. Manakala gol Johor FC pula berjaya dijaringkan pada minit ke-66.

LIONS XII FC 2-0 PAHANG FA [Agregat: 3-2]
Lions XII FC adalah satu-satunya pasukan dari negara jiran yang masih bertahan untuk merebut slot ke final Piala Malaysia 2012. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar itu, Lions XII FC berjaya mengatasi Pahang dengan keputusan 2-0 dan agregat 3-2. Dua gol Lions XII FC berjaya dijaringkan oleh Ishak pada minit ke-35 dan 80'.

Berikut merupakan Keputusan Terkini - Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2012. (Tertaluk kepada perubahan daripada FAM)

LIONS XII FC VS ATM
(Stadium Jalan Besar | 6 Oktober 2012)
(Stadium MP Selayang | 11 Oktober 2012)

KELANTAN VS SELANGOR
(Stadium Sultan Muhammad Ke-IV | 6 Oktober 2012)
(Stadium Shah Alam | 12 Oktober 2012)

Gambar - Dunia Sukan Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.