close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Selangor vs Kelantan 12 Oktober 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan terakhir saingan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 12 Oktober 2012 meliabtkan pasukan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Selangor terpaksa akur dengan kehebatan Kelantan apabila dibelasah 0-2 (agregat 0-3) sekaligus melenyapkan 'MISI 33' untuk dibawa ke final.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seawal minit pertama, kedua-dua pasukan dilihat beraksi dengan penuh rancak dan ada ketika mencuri peluang dengan melepaskan sepakan, namun tersasar. Penyerang import The Red Warriors (TRW), Ghaddar dilihat banyak peluang untuk menghasilkan gol, namun tidak dimanfaatkan. Begitu juga dengan Amri Yahya dari Selangor yang sering melakukan serangan ke pintu gol lawan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat, turut gagal membolosi. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus melakukan serangan bertali arus dan gol berjaya dihasilkan oleh Kelantan pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi jaringan solo Ghaddar pada minit ke-84. Namun berselang 10 minit kemudian, giliran Piya pula menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan memihak kepada Kelantan dengan agregat 0-3. Berikut merupakan video highlight Selangor vs Kelantan 12 Oktober 2012 - Keputusan Terkini.

-FINAL-

ATM VS KELANTAN
20 Oktober 2012 | Stadium Shah Alam | 8.45pm
TV1 & Astro Arena

#HIGHLIGHT SELANGOR VS KELANTAN


http://speakerpecah.blogspot.com
Gambar - Dunia Sukan Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.