close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Kelantan vs Selangor 6 Oktober 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan melibatkan pasukan Kelantan menentang Selangor dalam saingan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 6 Oktober 2012 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Nampaknya, Kelantan sekali lagi berjaya membuktikan bahawa pasukan itu mampu menang di laman sendiri sekaligus mempertahankan rekod tanpa kalah di SSMIV apabila berjaya menang tipis 1-0 ke atas Selangor.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com 
Pada permulaan babak pertama, permainan dilihat begitu rancak dengan hantaran berbahaya antaranya daripada Bosko Balaban yang hampir menjaringkan gol untuk Selangor seawal minit ke-5 namun tersasar. Begitu juga dengan penyerang import berbisa Kelantan, Mohamed Ghaddar yang hampir memecah kebuntuan namun hantaranya tersasr juga.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com 
Bersambung pada masa kedua, perlawanan dilihat lebih dikuasai oleh Kelantan apabila serangan bertali arus terus menerjah gawang Selangor, namun berjaya ditangkap kemas Norazlan Razali. Bagaimanapun, Kelantan akhirnya berjaya menghasilkan satu gol menerusi jaringan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-62. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat permainan.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com 
Selepas ini Kelantan akan bertandang ke Stadium Shah Alam untuk menentang Selangor sekali lagi bagi saingan Separuh Akhir Kedua pada 11 Oktober 2012. Berikut merupakan video highlight Kelantan vs Selangor 6 Oktober 2012 - Jadual/Keputusan Terkini.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.