close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Hong Kong vs Malaysia 16 Oktober 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan melibatkan pasukan negara iaitu Harimau Malaya apabila menentang Hong Kong dalam satu Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 16 Oktober 2012 di Stadium Siu Sai Wan Sports Ground. Pada perlawanan itu Malaysia menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah dan sekaligus menaikkan reputasi skuad biarpun di dalam ranking FIFA kini menghuni di tangga ke-162, dua tangga di belakang Hong Kong.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati namun tiada sebarang gol dihasilkan sehingga tamat masa rehat. Bersambung pada babak kedua, skuad negara tidak menunggu lama apabila penyerang sensasi negara, Safee Sali berjaya menghasilkan gol pertama menerusi rembatan kencangnya pada minit ke-60. Tuan rumah bertambah parah apabila Safiq Rahim menggunakan kemahiran sepakan percuma di luar kotak penaltinya untuk menghasilkan gol kedua pada minit ke-81. Bagaimanapun, dua gol bagai tidak memadai Harimau Malaya untuk membawa pulang apabila giliran Fakri Saarani menjaringkan gol ketiga pada minit ke-91 selepas menepis masuk hantaran daripada Safiq Rahim.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Keputusan 0-3 kekal sehingga tamat perlawanan dan memihak kepada Harimau Malaya (Malaysia). Selepas ini Malaysia sekali lagi bakal turun dalam satu perlawanan persahabatan untuk menentang Vietnam pada 3 November depan. Berikut merupakan Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia - Video Highlight.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA (HARIMAU MALAYA)

Vietnam vs Malaysia
(3 Nov 2012)
Malaysia vs Hong Kong
(14 Nov 2012)
Malaysia vs Singapura
(25 Nov 2012)
Malaysia vs Indonesia
(1 Dec 2012)

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.