close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - ATM vs Lions XII FC 11 Oktober 2012 (Video)



Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan melibatkan Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) menentang Lions XII FC dalam saingan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 11 Oktober 2012 di Stadium MP Selayang, Selangor. Perlawanan yang cukup mendebarkan itu berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan agregat 2-2.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan rancak sambil beberapa serangan berbahaya dilancarkan. Lions XII FC selaku pelawat akhirnya berjaya mendahului perlawanan apabila Agu berjaya menjaringkan gol pada minit ke-26. ATM bagaimanapun tidak mengaku kalah apabila sering membuat serangan berbahaya terutama dari Hairudin Omar (Hai-O) dan Maron. Bagaimanapun, tiada jaringan dihasilkan sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, Lions XII dilihat terus mencari gol kedua namun sering dibatalkan pemain lawan. Manakala ATM pula terpaksa menunggu pada masa kecederaan iaitu minit ke-96 perlawanan menerusi pemain import, Marlon Alex James yang berjaya menyamakan kedudukan 1-1 (agregat 2-2) sebelum perlawanan bersambung pada masa tambahan selama 30 minit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada masa tambahan, kedua-dua pasukan langsung tidak berjaya menghasilkan apa-apa jaringan dan memaksa perlawanan bersambung pada penentuan penalti. ATM muncul juara pada penentuan penalti itu dengan keputusan 5-4 mengatasi Lions XII FC sekaligus layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20 Oktober depan. Berikut merupakan video highlight ATM vs Lions XII FC - Jadual Terkini Piala Malaysia 11 Oktober 2012.

Video - FootyGoalSoccer

http://speakerpecah.blogspot.com
Gambar - Dunia Sukan Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.