close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - ATM vs Kelantan 20 Oktober 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam tadi telah berlangsungnya Perlawanan Akhir Piala Malaysia 20 Oktober 2012 melibatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Pada perlawanan kemuncak itu, Kelantan berjaya mengatasi ATM dengan keputusan tipis 3-2 sekaligus melengkapkan kejuaraan treble mereka selepas memenangi Piala FA dan Piala Liga Super sebelum ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bermula pada babak pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang dan tiada serangan berbahaya. Namun menjelang minit ke-43, Norshahrul Idlan Talaha berjaya meletakkan Kelantan di hadapan menerusi jaringan solonya menewaskan penjaga gol ATM,  Farizal Harun. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung babak kedua, ATM tidak menunggu lama apabila Rezal Zambery Yahya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50. Namu ia tidak kekal lama apabila Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menjaringkan gol kedua Kelantan seminit kemudian. ATM yang buntu mencari gol penyamaan sekali lagi, akhirnya diselamatkan Marlon Alex James untuk gol kedua pada minit ke-61. Perlawanan terpaksa dibawa ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada masa tambahan, Indra Putra Mahyuddin muncul wara Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-95 dan keputusan itu kekal sehingga tamat masa tambahan. Keputusan 2-3 memihak kepada Kelantan sekaligus bergelar juara Piala Malaysia 2012 dan melengkapkan kejuaraan treble mereka iaitu Piala Liga Super 2012 dan Piala FA 2012.

Berikut merupakan video highlight #ATM VS KELANTAN 20 OKTOBER 2012

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.