close button

close button

Kekasih Safee Sali Bukan Julia Hana, Tetapi Warga Indonesia ? (3 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Kelmarin kami ada melaporkan bahawa pemain bola sepak negara, Safee Sali dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon, Julia Hana. Gosip ini mula tersebar di laman-laman blog hiburan selepas dia dikatakan bercuti dengan pelakon terbabit di Langkawi. Bagaimanapun, semalam Safee Sali tampil memberi penjelasan dan menafikan gosip tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Itu bukan saya…saya tidak pernah ke Langkawi pun sebelum ini,”  katanya menerusi laman Sinar Harian, semalam.

Pengurusnya, Zakaria Abd. Rahim berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menyertai sesi penggambaran pada sebelah pagi di Petaling Jaya.

“Pada sebelah petang Safee ke gim untuk latihan di Kem Latihan Nasional, Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Hong Kong, 16 Oktober nanti,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sehubungan dengan itu, Safee Sali turut berharap dengan penjelasan yang diberikan, gosip percintaannya dengan pelakon terbabit dihentikan.

Ketika ditanya mengenai kekasih, Safee turut mengakui sudah mempunyai teman istimewa. Bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya bukan artis untuk bercerita mengenai perkara ini. Saya hanya pemain bola sepak. Walaupun dilanda gosip sebegini, tumpuan saya terhadap bola sepak masih tidak terganggu dengan gosip tidak menentu seperti ini,” jelas beliau lagi. - Sinar Harian

Bagaimanapun, menerusi laman hiburan Rotikaya.com, ada pihak mengirimkan dua keping gambar yang mendakwa individu di dalam gambar tersebut sebagai Safee Sali bersama teman wanita beliau. Mereka berdua dilihat mesra berjalan sambil berpimpin tangan di sekitar Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan pusat membeli-belah mewah dan ternama di Indonesia.

Menurut sumber lagi, gadis berkenaan merupakan warga Indonesia dan mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di sana.

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.