close button

close button

Kanak-Kanak India Miliki 25 Jari (5 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari. Kanak-kanak bernama Arpan Saxena, dari Bhopal, India mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.

Menurut bapanya, Anil Saxena, 35, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’ Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.


Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. - myMetro


http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.