close button

close button

Guru Kejam Dera Murid Tadika Dipecat (6 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


Seorang guru pra sekolah di wilayah Zhejiang, China dipecat selepas sebuah laman perkongsian foto di internet memaparkan tindakannya mendera dengan mengangkat muridnya dengan memegang cuping telinga kanak-kanak malang itu.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Ibu bapa kepada pelajar berkenaan membuat aduan kepada jabatan pendidikan tempatan selepas imej keterlaluan guru berkenaan tersebar di internet. Dalam foto tersebut, guru yang dikenali sebagai Yan Yanhong, 20, tersenyum ketika mengangkat kanak-kanak yang menjerit kesakitan itu beberapa inci dari lantai sebuah sekolah di bandar raya Wenling. Difahamkan, foto itu adalah salah satu daripada lebih 700 gambar yang dimuat naik Yanhong di internet yang kelihatan dirakam guru lain.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Foto lain pula ada menunjukkan kanak-kanak dengan mulut mereka ditutup dengan pita pelekat dan tangan mereka dilekatkan ke meja agar mereka duduk diam. Selain itu, satu lagi foto menunjukkan seorang kanak-kanak malang dicampak dalam tong sampah dengan belakang tubuhnya melengkung di tepi tong sampah berkenaan selain ada yang kepalanya diserkup dengan bakul sampah.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media tempatan, Yanhong menjelaskan dia dan murid berkenaan hanya berseronok sahaja.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan: “Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit dan melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan awam tempatan.”

Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja itu, tetapi diambil bekerja ekoran kekurangan tenaga pengajar. Berikut beberapa keping gambar lagi yang menunjukkan kekejaman guru terbabit kepada anak muridnya. - Harian Metro

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.comhttp://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

4 komen:

  1. bangang punye cekgu

    ReplyDelete
  2. pakaian tak melambangkan seorang cikgu pon..tapi macam pakaian seorang pelacur murahan!

    ReplyDelete
  3. haha biasa la 2

    http://cerciterpanas.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia (hamba-Nya) walaupun sebesar zarah..

    TETAPI manusia (hamba-Nya) itu lah yang menzalimi diri mereka sendiri..

    Ingatan utk kita semua....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.