close button

close button

Gitaris Kristal Nyaris Maut Dalam Kemalangan

http://speakerpecah.blgospot.com


Malang tidak berbau! Itulah yang terjadi kepada seorang gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar (gambar kecil), 25, yang nyaris maut apabila kenderan yang dipandunya dirempuh daripada dua buah kereta yang bertembung dalam satu kejadian di persimpangan lampu insyarat di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian sama, pemandu kereta Toyota Camry, Lim Gian Hau, 32, maut, manakala, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Nor Azlan Zainal Abidin, 26, yang memandu kereta Proton Saga BLM, cedera parah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah sebuah daripada kereta terbabit melangggar lampu isyarat merah menyebabkan berlaku pertembungan di tengah-tengah simpang empat itu. Kereta Toyota Camry yang datang dari arah Jalan Sri Permaisuri Satu merempuh kereta Proton Saga BLM dari arah Jalan Sri Permaisuri menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Menurut Ammar Izwan, dia dan rakannya yang juga bekas peserta Bintang Klasik Nasional, Nor Fazrah Bahari, 25, atau Fazz yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback ketika itu berhenti di simpang lampu isyarat yang sama. Katanya, kejadian berlaku sekelip mata, sebelum keretanya tiba-tiba dirempuh di bahagian depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya nampak kereta Toyota Camry dipandu laju dari arah bertentangan, manakala kereta Proton Saga BLM pula dari arah kanan. Kedua-duanya bertembung dan berpusing beberapa kali di tengah-tengah simpang empat ini. Ketika itu, saya sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau dan terkejut apabila Toyota Camry itu merempuh bahagian depan kereta saya,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk, namun bersyukur dia dan rakannya terselamat dalam kejadian itu. Sementara itu, Gian Hau disahkan maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk, manakala, Mohd Nor Azhar yang cedera parah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). -  Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.