close button

close button

Gadis China Malu Muka Dipenuhi Misai, Jambang (4 Gambar)


Bagi setiap remaja, usia belasan tahun ada yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan. Pada usia ini juga perubahan hormon akan berlaku sedikit demi sedikit sebagai tanda mereka semakin matang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tetapi tidak bagi gadis bernama Nana, 16, yang dia bukan menghadapi perubahan hormon yang biasa berlaku apabila baru-baru ini dia ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan diri.


Oleh sebab itu, dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik kerana malu akan perubahan pada tubuhnya. Gadis warga China itu menunjukkan janggut, misai dan bulu kaki lebat yang tumbuh kerana menghadapi penyakit ganjil yang dikenali sebagai 'hirsuitism', semelas menjalani rawatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu.


Gadis terbabit terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap 'aplastic anemia' pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsumnya tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. Difahamkan, kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat. Bagaimanapun, keadaan fizikalnya pula mula berubah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat. Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.


Lebih menyedihkan lagi, gadis itu terpaksa berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaan fizikalnya itu. Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” kata ibunya lagi.


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.