close button

close button

Fida Ibrahim Nafi Versi Baru 'Apo Kono Eh Jang' Bukan Rosakkan Lagu Asal (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


Sudah menjadi trend muzik semasa apabila penyanyi baru ingin membuat kelainan pada lagu-lagu lama yang popular pada ketika itu dengan memuatkan unsur-unsur rentak muzik terkini. Hal ini terjadi kepada pelakon yang kini bergelar penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida) apabila dia berani merakamkan semula lagu Apo Kono Eh Jang nyanyian asal Ally Nor dan Mastura.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi Fida, 26, tindakannya memberi kelainan pada lagu tersebut dengan menampilkan Datuk AC Mizal dan kumpulan Stellar selain memasukan muzik tekno dan rap bukanlah bertujuan untuk merosakkan lagu asal berkenaan.

Fida turut menjawab persoalan mengenai penampilan AC Mizal dalam lagu tersebut:
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Memang pada asalnya, kolaborasi lagu ini membabitkan saya dan Stellar sahaja tetapi kami mempelawa Datuk (AC Mizal) bagi memberikan impak tersendiri.

“Kebetulan, beliau juga fasih bercakap dengan loghat Negeri Sembilan, maka kami tambahkan elemen rap menggunakan loghat itu bersesuaian dengan konsep asal lagu itu," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, Fida turut menyatakan muzik video lagu berkenaan akan mula dimuat naik di laman YouTube selepas Hari Raya Aidiladha. Muzik video berkenaan dikatakan berkonsep ceria dan berwarna-warni di mana Fida sendiri akan memakai baju berkilat-kilat sambil menari. Apapun, layan lagu asal dan yang telah digubah di bawah.

ANTARA LAGU LAMA YANG DIBAHARUKAN:

Hari Ini Dan Semalam 
Penyanyi Asal: J Mizan
Digubah: 6ixth Sense

Hitam Manis
Penyanyi Asal: Emillia Contessa
Digubah: Filsuf

Lamunan Terhenti
Penyanyi Asal: Aris Ariwatan
Digubah: Hujan

Anak Kampung
Penyanyi Asal: Jimmy Palikat
Digubah: One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Banyak lagi...


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.