close button

close button

Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Bernikah 3 November Ini

http://speakerpecah.blogspot.com


Setelah berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal bernikah pada 3 November depan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Farid Kamil pada pra tonton Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila melangsungkan hari pertunangan secara senyap-senyap pada 1 September lalu yang diadakan di Damansara. Majlis yang dilakukan secara sederhana itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. Pada majlis tersebut, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh jejaka idamannya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.

Farid sebelum ini pernah bercinta dengan Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof. - mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.