close button

close button

Apex Ditawarkan RM3 Juta Untuk Sertai Johor ?

http://speakerpecah.blogspot.com


Pertengahan Julai lalu, kami ada ketengahkan berita mengenai penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex yang dikatakan menjadi penjaga gol termahal negara. Berita tersebut tersebar berikutan pendapatannya sebagai duta pelbagai produk dan pemain bola sepak negara sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Namun, baru-baru ini penjaga gol terbabit sekali lagi menjadi perhatian apabila pasukan Johor telah menawarkan kontrak bernilai RM3 juta bagi mendapatkan khidmatnya dalam pasukan itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berita tersebut masih belum dapat dipastikan lagi kerana kontrak Apex bersama Kelantan masih berbaki 3 tahun lagi. Walaubagaimanapun, Apek enggan mengulas mengenai khabar angin ini dan hanya memberikan fokus kepada pasukannya Kelantan yang akan bertarung di final Piala Malaysia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya perlu menghormati kontrak (bersama pasukan Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya," katanya di akhbar Harian Metro.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali turut menerima kontrak bernilai RM2 juta daripada kelab Indonesia, Pelita Jaya FC. Baru-baru ini juga penyerang di bersama Safiq Rahim ditawarkan untuk menyertai pasukan Arema Indonesia. Namun berita tersebut juga belum dapat dipastikan lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.