close button

close button

Yuna Akui Hubungannya Bersama Qi Sudah Berakhir

http;//speakerpecah.blogspot.com


Memetik satu artikel dari akhbar Harian Metro hari ini, penyanyi yang popular dengan lagu 'Dan Sebenarnya', Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah mengaku hubungannya dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini sudah tiada lagi. Penyanyi itu turut menafikan wujudnya orang ketiga dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama bagi kebaikan kedua-dua pihak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Tiada permusuhan yang berlaku, sebaliknya kami berdua sepakat untuk berehat sebentar daripada komitmen yang terjalin lebih dua tahun ini. Mungkin ini jalan terbaik untuk kami berdua bagi mencari fokus dan keserasian, lebih-lebih lagi kebetulan masing-masing begitu sibuk untuk mengukuhkan kerjaya.

“Bagaimanapun, kami masih berkawan baik dan harap-harap peminat doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Yuna yang menjalin hubungan dengan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan berusia 36 tahun itu sejak lebih dua tahun lalu hanya menyifatkan perpisahan antara mereka kerana faktor kesibukan dan komitmen terhadap kerja masing-masing. Malah, tambahnya, hubungan jarak jauh antaranya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan Qi yang sibuk dengan kerjaya lakonan di Kuala Lumpur alasan utamanya juga.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Bayangkan, saya berada di Kuala Lumpur sekali-sekala dan selebihnya saya sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi album terbaru dan persembahan jelajah seluruh Amerika. Qi pula di Kuala Lumpur dengan jadual kerjanya yang padat.

“Justeru kesibukan dengan tanggungjawab dengan syarikat rakaman Fader Label di sana membuatkan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing dulu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Lebih baik kami meletak sepenuh tumpuan pada kerja dan komitmen terlebih dulu. Jika ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah ia tidak akan ke mana,” katanya. - Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.