close button

close button

Terengganu Hilang 10 Pemain, Pengurus Baru Dilantik

http://speakerpecah.blgospot.com


Minggu lalu kami ada melaporkan berkenaan dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu yang mengatakan akan menggugurkan beberapa pemain dari skuad Penyu itu. Kenyataan itu akhirnya mendapat persetujuan bersama daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang telah menggugurkan 10 pemain utama skuad itu untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut Presidie PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh, 10 pemain yang digugurkan itu termasuklah bintang bola sepak tempatan dan dua pemain import pasukan Terengganu yang masih mempunyai kontrak sehingga musim ini.

Katanya, pemain yang meminta mereka dilepaskan dan mendapat persetujuan daripada persatuan antaranya termasuklah Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol); Mohd Muslim Ahmad (pertahanan); Abdul Hadi Yahya (penyerang); tiga pemain tengah, Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Difahamkan, mereka ini akan beraksi bersama pasukan lain pada musim depan manakala dua lagi pemain Terengganu iaitu Hariri Mohd Shafie (pertahanan) dan Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang) diminta dilepaskan. Dalam pada itu, PBSNT turut memutuskan tidak akan memperbaharui kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva yang akan berakhir sehingga November depan untuk musim akan datang (2013).

Sementara itu, Che Mat turut mengumumkan bahawa bekas pengurus pasukan Piala Presiden, Marzuki Sulong dilantik sebagai pengurus pasukan baru, manakala Zulkifli Ali telah dilantik sebagai penolong pengurus 1 dan Ahmad Awang sebagai penolong pengurus 2.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Ketika ditanya mengenai situasi Terengganu yang bakal kehilangan hampir separuh tonggak utama susulan keputusan yang diambil pihak persatuan, Che Mat mengakui senario itu dan mengesahkan bahawa pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa pemain untuk beraksi bersama skuad Penyu musim depan.

Katanya, sesetengah pemain yang sudah dikenal pasti itu masih beraksi dalam saingan suku akhir Piala Malaysia dan pihaknya juga turut membuka peluang kepada pemain kelahiran Terengganu untuk bersama skuad Penyu musim depan termasuklah Hairuddin Omar, Norfarhan Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha.

15 PEMAIN YANG KEKAL
  1. Abdul Manaf Mamat
  2. Ahmad Nordin Alias
  3. Hasmizan Kamaruddin
  4. Muhamad Ashaari Shamsuddin
  5. Mohd Faizal Muhammad
  6. Marzuki Yusof
  7. Mohamad Muhaimin Omar
  8. Mohamad Shamirza Yusof
  9. Md.Zubir Md Azmi
  10. Mohd Saifuddin Bin Mokhtar
  11. Nik Zul Aziz Nawawi
  12. Mohd Fakhrurazi Musa
  13. Shamsul Kamal Mohamad
  14. Ismail Faruqi Ashaari
  15. Mazlizam Mohamad
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com

10 PEMAIN YANG KELUAR
  1. Mohd Sharbinee Allawee Ramli
  2. Mohd Muslim Ahmad
  3. Abdul Hadi Yahya
  4. Joseph Kalang Tie
  5. Reeshafiq Alwi
  6. Shukor Jusoh
  7. Hariri Mohd Shafie
  8. Ailim Fahmi Kamaruddin
  9. Francis Forkey Doe
  10. Erison Da Silva

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.