close button

close button

'Teman Pengganti' Nyanyian Black & Malique Tiru Lagu Noorkumalasari ?

http://speakerpecah.blogspot.com


Lagu terbaru Teman Pengganti nyanyian Black bersama Malique yang semakin popular hari ini dipercayai dicedok daripada melodi lagu nyanyia Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular sekitar tahun 80-an.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak dan ada diantara mereka mengatakan tindakan Malique selaku komposer lagu itu dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang diaktakan 'dicedok' itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.

"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com
Noorkumalasari

Mokhtaza juga diminta mengulas persamaan lagu terbaru nyanyian juara Mentor 3 itu dengan lagu Noorkomulasari. Katanya, persamaan irama kod muzik pada kebanyakan lagu adalah satu perkara normal memandangkan nota muzik hanya ada 12 jenis sahaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sekiranya terdapat sedikit unsur sama muziknya, itu normal. Rasanya ia bukanlah satu 'trend' untuk tiru lagu-lagu yang sedia ada kerana kebanyakan mainan muzik itu satu pengulangan," tegasnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, Mokhtaza berharap, selepas ini, pihak yang menilai mengenai hal peniruan lagu lebih memahami tentang konteks dan undang-undang muzik. - mStar Online

1 komen:

  1. hai orang kampung, sampling pun tak tahu. kasian kasian.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.