close button

close button

Sharbinee Bakal Disingkirkan Daripada Skuad Terengganu ?

http://speakerpecah.blogspot.com


Penjaga gol utama Terengganu, Ahmad Sharbinee Allawee Ramli kemungkinan menjadi pemain terbaru yang akan digugurkan daripada senarai skuad kendalian Peter James Butler itu. Pemain itu dikatakan menjadi sasaran kemarahan butler selepas dia melepaskan gol mudah ketika Terengganu terikat 1-1 menentang Kedah pada Perlawanan Keempat Piala Malaysia 1 September 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Insiden itu menimbulkan kemarahan jurulatih berkenaan apabila Sharbinee menunjukkan sikap protesnya dengan membaling bekas minuman ke arah Butler sebaik dikeluarkan untuk digantikan dengan penjaga gol kedua, Md Sharmiza Yusof.

Menurut Butler, dia nyata kecewa dengan tindakan penjaga gol utama Terengganu itu yang disifatkan tidak menghormati beliau.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
"Ya, saya memang sangat kecewa dengan tindakannya (Sharbinee). Saya juga kecewa bagi pihak seluruh rakyat Terengganu serta Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) atas tindakannya itu.

"Saya tidak perlukan pemain tidak jujur, saya mahu yang sopan (berdisiplin).
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
"Mungkin selamat jika saya katakan dia (Sharbinee) tidak akan ada lagi bersama pasukan Terengganu selepas ini," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Terengganu kini masih mempunyai dua baki perlawanan dan peluang ke suku akhir masih terbuka dengan syarat pasukan itu menang kedua-dua perlawanan itu untuk berada dalam kelompok dua pasukan teratas dalam kumpulan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.