close button

close button

PM Lancar Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

http://speakerpecah.blgospot.com


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.

Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha tersebut akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember ini.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
http://speakerpecah.blgospot.com

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
SEBELAS ANJAKAN YANG DIGARISKAN:
  1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
  2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
  3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
  4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
  5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
  6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
  7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
  8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
  10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
  11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.

Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan. - Bernama

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.