close button

close button

Penuhi Syarat Jika Mahu Kekalkan T-Team

http://speakerpecah.blogspot.com


Berhubung kenyataan pembubaran pasukan T-Team tempohari, kerajaan negeri Terengganu mungkin akan terus menaja pasukan T-Team pada tahun depan sekiranya pasukan itu dapat memenuhi beebrapa cadangan memperbaiki dari segi pengurusan, kejurulatihan dan tahap disiplin pemain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pasukan berstatus kelab itu boleh mengucapkan 'selamat tinggal' jika mereka gagal penuhi atau menerima cadangan itu.

"Kita belum pun membuat sebarang keputusan muktamad lagi untuk membubarkan pasukan T-Team tahun depan. Kita kena teliti keseluruhan terdahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ahmad berkata, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan pengurusan pasukan T-Team dan juga pasukan Terengganu yang turut sama mengalami kemerosotan permainan musim ini bagi mencari jalan penyelesaian.

Beliau berkata T-Team mahupun pasukan Terengganu perlu melakukan perubahan drastik dalam semua aspek sekiranya mahu kekal bersaing dalam Liga Malaysia tahun depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mereka ini kenalah ada integriti, kesungguhan, semangat dan disiplin pemain mesti tinggi jika kita ingin mencapai kejayaan dan kemenangan.

"Kita (kerajaan negeri) sebagai penaja...kita hendakkan pulangan yang setimpal kerana kita berbelanja besar untuk membiayai kedua-dua pasukan itu," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pasukan Terengganu dan T-Team gagal merebut tempat ke suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas masing-masing tercorot dalam kedudukan peringkat kumpulan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.