close button

close button

Pelajar Cedera Dipukul Senior Gara-gara Bergurau

http://speakerpecah.blgospot.com


Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah berasrama di daerah ini mengalami kecederaan dipercayai dipukul dua senior tingkatan lima sekolah sama, malam Isnin lalu. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada gurauan di dalam surau selepas solat Isyak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam keajdian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dan rakannya juga berusia 13 tahun dipercayai dipanggil senior berkenaan untuk masuk ke bilik dorm bagi memilih lakonan watak bertumbuk atau ditumbuk. Sebaik sahaja diarahkan untuk memilik watak itu, mangsa dan raknnya sepakat memilih watak bertumbuk sebelum melakonkannya.

Bagaimanapun, salah seorang senior berkenaan tidak berpuas hati lalu memukul mangsa sehingga cedera di bahagian mata sebelah kanan dan betis sebelah kanan. Manakala seorang lagi senior memukul mangsa dengan menggunakan penyapu. Malah mangsa turut diugut akan dibelasah sekiranya memberitahu pihak sekolah berhubung insiden berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sumber berkata, pada keesokan harinya iaitu kira-kira jam 11.30 pagi, warden sekolah berkenaan menghubungi bapa mangsa untuk menyatakan anaknya mengalami kecederaan dan lebam-lebam.

Menurutnya, bapa mangsa yang bergegas datang ke sekolah segera menanyakan anaknya perkara sebenar dan lama kelamaan, anaknya mengaku dirinya dipukul senior sekolah berkenaan.

Difahamkan, kejadian dipukul itu bukanlah kali pertama di mana sebelum ini mangsa pernah mengalami nasib sama tetapi tidak memberitahu bapanya. Bapa mangsa segera membawa mangsa ke hospital dan membuat laporan polis selepas pemeriksaan bagi tujuan keselamatan anaknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan insiden berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.