close button

close button

MB Gugurkan Pemain Terengganu, Bubar T-Team

http://speakerpecah.blgospot.com


Akhirnya desas-desus mengatakan T-Team akan dibubarkan telah disahkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, yang turut menyatakan akan menggugurkan beberapa pemain dari skuad Terengganu. Keputusan pengguguran itu akan ditentukan selepas perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) manakala T-Team pula diputuskan selepas perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Malaysia menentang Pahang di Kuala Terengganu, Jumaat ini.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Ahmad Said berkata tidak terbabit dalam soal pengurusan, sebaliknya akan campur tangan dalam penilaian pemain dengan memberi pandangan dan pendapat. Tambahnya, mungkin ramai pemain akan dibuang kali ini berikutan prestasi dan komitmen yang tidak memberangsangkan.

"Saya dah diberitahu, mungkin ramai (pemain) yang tidak menunjukkan komitmen akan dibuang kali ini. Sebab kita (kerajaan negeri) melabur dalam jumlah besar. Kita belanja RM6 juta setahun dan kita mahukan hasilnya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
"Sebab itu, kita awal-awal sudah beritahu, kalau pemain tidak berdisiplin, kita buang. Begitu juga dengan pemain yang sengajakan dirinya dikenakan kad merah. Apabila pemain sengaja buat kesalahan begitu, kita perlu denda dia," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut beliau lagi, T-Team sekarang 100 peratus bergantung pada dana kerajaan negeri. Nasib T-Team akan ditentukan selepas perlawanan akhir nanti berikutan sokongan dan prestasi pemain dan perlawanan agak menurun.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.