close button

close button

Mangsa Dera Suami Tampil Beri Penjelasan

http://speakerpecah.blogspot.com


Mangsa kekejaman suami yang kami laporkan sebelum ini tampil memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dirinya didera tanpa belas kasihan oleh suaminya. Mangsa, Amanda Fong, 19, hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya, Lily Yeoh, 49, dan peguam yang mewakilinya, Datuk G Amajit Singh Gill, menceritakan kejadian itu yang turut dimuat naik melalui laman Facebook dan YouTube beliau.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dia yang masih dalam keadaan trauma berkata, keajdian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos yang lalu.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan itu, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak dua tahun lepas dan gagal membayarnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat dan dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com


Menurut Amanda, suaminya mengetahui beliau sedang hamil dua bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa memberitahu bahawa bapanya membuat laporan polis selepas kejadian berlaku manakala dia membuat laporan polis pada 3 September lepas selepas memuat turun rakaman kejadian itu di laman Facebook pada 30 ogos lalu untuk diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.

Amanda berkata, dia yang telah mendirikan rumah tangga sejak 17 Januari 2012 lalu mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran dan agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin. Bagaimanapun, beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya berubah kelak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.