close button

close button

Lanjutan Kes Suami Belasah Isteri - MCA Ipoh Timur Tawar Khidmat Nasihat

http://speakerpecah.blgospot.com


Sebelum ini kami ada melaporkan seorang wanita hamil dua bulan dibelasah suaminya sendiri di sebuah kedai butik dan aksesori wanita milik mereka di. Rentetan daripada peristiwa itu, Ketua MCA Bahagian Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong tampil menawarkan khidmat nasihat dan guaman kepada mangsa yang berumur 19 tahun itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau memaklumkan, MCA Bahagian Ipoh Timur akan melakukan yang terbaik bagi membantu mangsa menyelesaikan masalah keluarga serta suaminya.

“Kami harap wanita berkenaan dapat menghubungi MCA Bahagian Ipoh Timur untuk mendapatkan bantuan berhubung kejadian itu setelah laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, mangsa telah membuat laporan polis berhubung perlakuan suaminya itu, kelmarin.

Menurut Mohd Dzuraidi, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kejadian dipercayai berpunca daripada malasah dalam kalangan ahli keluarga.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Sebelum itu, kita menerima laporan polis daripada bapa mangsa berhubung perlakuan menantunya dan selepas itu, mangsa membuat laporan serta mahu tindakan segera diambil ke atas suaminya.

“Pergaduhan dipercayai berlaku apabila keluarga mangsa campur tangan dalam urusan perniagaan dan kehidupan suspek dan mangsa sendiri,” katanya.

Pada 30 & 31 Ogos lalu, mangsa yang dikenali sebagai Amanda Fong Kim Yen bertindak memuat naik video daripada rakaman CCTV kedai mereka di Facebook dan YouTube yang menunjukkan dirinya dibelasah teruk oleh suaminya, Calven Chik Foo Keong, 26, yang berlaku pada 23 Ogos 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam rakaman itu, mangsa cedera teruk dan mengalami lebam dan calar-balar di kedua-dua belah tangan apabila didakwa dipukul menggunakan telefon bimbit yang dirampas suaminya ketika mangsa cuba menghubungi ibunya.

Bagaimanapun, mangsa dapat diselamatkan apabila ibunya tiba di butik berkenaan dan kemudiannya dimasukkan ke wad di Hospital Pantai Ipoh untuk menerima rawatan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.