close button

close button

Keputusan Rayuan Ke IPTA Bagi Ijazah Pertama Boleh Disemak Mulai Hari Ini

http://speakerpecah.blogspot.com


Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi, asasi serta setaraf bagi ijazah pertama boleh disemak mulai 12 tengah hari ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata calon boleh membuat semakan keputusan menerusi laman web:-

- http://upu.mohe.gov.my/
- http://jpt.uum.edu.my/
- http://jpt.unimas.my/
- http://jpt.ums.edu.my/

Calon turut boleh mengetahui status mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menaip UPU jarak RESULT jarak diikuti dengan nombor kad pengenalan, dan hantar ke 15888 atau menghubungi talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777 dan talian am 03-88706755 atau 6766.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Contoh: Taip UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. IC hantar ke 15888

Calon juga boleh menyemak dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA mulai Selasa ini, dan rayuan dianggap gagal sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga akhir bulan ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Calon yang menghadapi sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88706767 dan 03-88706777.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.